Articles on: Pembungkusan

Bagaimana harus saya membungkus parcel saya?

Untuk memastikan parcel anda dihantar dengan selamat dan mengikut masa, sila ikuti semua panduan pembungkusan yang kami:

Sentiasa label pakej anda dengan nota konsainan atau tracking number. Untuk perkhidmatan pihak ketiga (seperti PosLaju), anda mesti menggunakan nota konsainan yang telah disediakan.

Tanggalkan semua tanda atau label yang tidak lagi digunakan pada parcel anda.

Untuk parcel yang mempunyai lebih daripada satu barang, sila pastikan anda bungkus setiap barangan secara individu sebelum meletakkan barangan tersebut di dalam kotak bungkusan.

Pastikan anda meletakkan bahan yang lembut (i.e. bubble wrap, kertas renyuk, dll) mencukupi untuk menyerap setiap impak yang parcel anda akan alami dalam proses penghantaran.

Gunakan pita pelekat yang kuat dan tidak mudah tanggal.

Bungkus parcel anda sebaiknya untuk mengelakkan ia daripada terdedah kepada persekitaran luar (i.e. cahaya matahari, hujan, debu dan habuk, dll).

Jangan gunakan tali ataupun bungkusan kertas untuk membungkus parcel anda.

Untuk semua barangan yang bentuknya tidak lazim, sila pastikan anda menutup dan membungkus semua bahagian tajam atau/dan tersembul.

Selamat Menghantar!

Updated on: 27/07/2018

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!