Bagaimana harus saya membungkus parcel saya?
Untuk memastikan parcel anda dihantar dengan selamat dan mengikut masa, sila ikuti semua panduan pembungkusan yang kami:
- Sentiasa label pakej anda dengan nota konsainan atau tracking number. Untuk perkhidmatan pihak ketiga (seperti PosLaju), anda **mesti **menggunakan nota konsainan yang telah disediakan.
- Tanggalkan semua tanda atau label yang tidak lagi digunakan pada parcel anda.
- Untuk parcel yang mempunyai lebih daripada satu barang, sila pastikan anda bungkus setiap barangan secara individu sebelum meletakkan barangan tersebut di dalam kotak bungkusan.
- Pastikan anda meletakkan bahan yang lembut (i.e. bubble wrap, kertas renyuk, dll) mencukupi untuk menyerap setiap impak yang parcel anda akan alami dalam proses penghantaran.
- Gunakan pita pelekat yang kuat dan tidak mudah tanggal.
- Bungkus parcel anda sebaiknya untuk mengelakkan ia daripada terdedah kepada persekitaran luar (i.e. cahaya matahari, hujan, debu dan habuk, dll).
- Jangan gunakan tali ataupun bungkusan kertas untuk membungkus parcel anda.
- Untuk semua barangan yang bentuknya tidak lazim, sila pastikan anda menutup dan membungkus semua bahagian tajam atau/dan tersembul.
****
Selamat Menghantar!
Updated on: 27/07/2018
Thank you!